Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Beri Tumpuan Kepada Aspek...

LABUAN - Aspek keselamatan dan kesihatan di sekolah-sekolah berasrama penuh wajar diberikan lebih...

Najib Tiba Di Ibu...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Ibu...

Usah Percaya Janji Pembangkang...

REMBAU - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyeru masyarakat di negeri ini supaya...

Imigresen Perlis Berkas 86...

KANGAR - Sebanyak 86 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak perempuan...

Suspek Kes Pecah Rumah Di Seksyen 7 Shah Alam Diberkas

SHAH ALAM – Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di Seksyen 7 di sini sejak tiga bulan lepas dengan penangkapan seorang suspek pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata lelaki berusia 22 tahun tersebut ditangkap pada 11.45 pagi oleh dua anggota polis yang sebelum itu menahan kereta suspek untuk tujuan pemeriksaan.

Suspek menaiki kereta itu bersama seorang rakan yang kemudian melarikan diri ketika polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Shafien berkata pemeriksaan polis ke atas kereta tersebut menemukan beberapa alatan yang dipercayai diguna untuk kegiatan pecah rumah serta barangan termasuk jam dan wang tunai yang disyaki hasil kegiatan itu.

“Ketika disoal siasat suspek mengaku telah mengaku terlibat dalam sejumlah kes pecah rumah di Seksyen 7 sejak tiga bulan lalu dan kami kini memburu saki – baki anggota kumpulan berkenaan,” katanya.

Menurut Shafien pemeriksaan ke atas rumah suspek di Seksyen 7 turut membawa kepada penemuan beberapa lagi barangan dipercayai hasil pecah rumah.


Suspek direman sehingga 13 Feb ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya.

Mengulas kes berlainan, Shafien berkata pihaknya menahan seorang ahli perniagaan kerana disyaki terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang anggota polis berusia 56 tahun pada Rabu lalu.

Beliau berkata lelaki berusia 29 tahun itu yang ditahan di rumahnya di Puchong dekat sini semalam, dikesan berdasarkan nombor pendaftaran kenderaannya yang diperoleh daripada saksi kejadian.

“Mangsa, Koperal R. Hirudhayadhas kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori