Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suhakam Tak Setuju 12...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang penggunaan Akta Kesalahan...

Tukar Nama Keluarga, Kereta...

GARA-GARA ingin ajar isterinya kerana tukar nama keluarga, seorang lelaki telah mencurahkan simen...

450 Positif Covid-19 Di...

SEBANYAK 450 kes positif jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dikesan dari tiga kawasan yang...

Maut Ditimpa Palang Gol

JERTIH - Seorang pelajar sekolah pondok maut akibat ditimpa tiang gol dalam kejadian...

Penyeludup Dadah Malaysia Maut Ditembak Di Indonesia

JAKARTA – Seorang suspek penyeludup dadah dipercayai warga Malaysia, maut terkena tembakan Badan Narkotika Nasional (BNN) Republik Indonesia dalam satu operasi di pangkalan nelayan di Pelabuhan Muara Angke di sini malam tadi.

Menurut laporan media tempatan yang memetik Timbalan Ketua Pembanterasan BNN, Arman Depari, lelaki itu ditembak selepas cuba melarikan diri ketika organisasi tersebut melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kapal nelayan yang berlabuh di pangkalan berkenaan.

Semasa pemeriksaan, BNN menahan enam anak kapal namun seorang daripada mereka cuba melarikan diri menyebabkan anggota BNN melepaskan tembakan yang mengenai suspek, katanya.

Lelaki itu maut di tempat kejadian.

Arman berkata pemeriksaan lanjut ke atas kapal itu menemukan 14 bungkusan dadah jenis syabu dengan setiap bungkusan seberat satu kilogram selain sejumlah mata wang Malaysia dan Indonesia.

Katanya operasi itu menyusuli maklumat mengenai sebuah kapal nelayan dari Malaysia yang disyaki membawa dadah dan menggunakan laluan perairan Sumatera untuk memasuki Teluk Jakarta tiga hari lepas.


Beliau berkata berikutan itu, BNN melancarkan operasi sebaik kapal itu tiba di Muara Karang, Jakarta Utara pada 11 malam waktu tempatan.

BNN sedang menjalankan siasatan ke atas lima suspek warga tempatan yang ditahan dalam operasi itu bagi mengenal pasti dalang pengedaran dadah berkenaan, kata Arman.

Beliau juga berkata sindiket dadah kini menggunakan kapal nelayan bagi membawa masuk dadah ke negara itu berbanding kapal kontena sebelum ini bagi mengelakkan pemeriksaan kastam. – BERNAMA

Kategori