Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pemain JDT Kurang Oksigen?

KUALA LUMPUR - "Sedangkan Barcelona pun tidak bermain 10 perlawanan dalam satu bulan"Itu...

Pembantu Warden Pukul Pelajar...

JOHOR BAHRU - Pembantu warden sebuah madrasah tahfiz dekat Kota Tinggi yang kini...

Bicara Kes 1MDB: Kami...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak...

Aktor Hamil Kekasih, Nama...

SEJAK minggu lalu, industri hiburan tempatan digegarkan dengan pengakuan berani seorang wanita lingkungan...

Syarikat Penerbangan Negara Islam Cipta Rekod Dunia

WELLINGTON – Penerbangan komersil paling jauh di dunia mendarat di New Zealand pada Isnin (6 Februari) dengan ketibaan pesawat Qatar Airways dari Doha ke Auckland sejauh 14,535 kilometer, umum syarikat tersebut.

“Kami dengan rasminya sudah mendarat di Auckland,” menurut tweet yang dikeluarkan syarikat itu sedang pesawat QR920 mendarat pada 7.25 pagi (2.25 pagi waktu Malaysia), lima minit lebih awal daripada yang dijadualkan setelah melakukan penerbangan selama 16 jam 23 minit.

Boeing 777-200LR itu turut melintasi 10 zon masa dalam penerbangan tersebut.

Qatar Airways menyatakan bahawa tempoh penerbangan itu adalah lebih panjang berbanding keseluruhan trilogi “Lord of the Rings” dan “The Hobbit” yang mengadakan penggambarannya di New Zealand.

Seramai empat juruterbang dan 15 anak kapal berkhidmat dalam pesawat itu yang menghidangkan 1,100 cawan teh dan kopi, 2,000 minuman sejuk dan 1,036 makanan sepanjang penerbangan itu.

Demi mengekalkan tradisi antarabangsa untuk menyambut ketibaan setiap penerbangan sulung, pasukan bomba lapangan terbang Auckland menyembur air ke arah pesawat tersebut setelah ia mendarat.


Menteri Perdagangan New Zealand, Todd McClay berkata bahawa keuntungan yang diramalkan bagi khidmat penerbangan baru itu “melebihi” NZ$50 juta (RM162 juta) dengan keupayaan yang dipertingkat itu.

Pada Mac tahun lalu, syarikat penerbangan Emirates melancarkan penerbangan komersil tanpa henti yang dianggap sebagai paling jauh di dunia ketika itu, dengan penerbangan dari Dubai ke Auckland, sejauh 14,200 kilometer. – AFP

Kategori