KUALA TERENGGANU – Skuad The Titans tekad untuk bangkit bagi menebus kekecewaan ketika menentang Penang FA dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok.
Pengendalinya Racmad Darmawan berkata pihaknya juga telah mengatur beberapa strategi bagi meraih tiga mata penuh bagi membolehkan mereka berada di kedudukan terbaik.
“Semua pemain berada di dalam kedaan baik dan kita harap mereka mampu memberi saingan sengit kepada pasukan pelawat malam esok. Kita juga telah mengenal pasti barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini.
Jumaat lalu T-Team dibelasah 0-5 dalam aksi di Stadium Darul Makmur menentang Pahang.
Menurut Racmad, sepanjang sesi latihan sebelum berdepan dengan perlawanan itu, pemain dilihat telah menunjukkan komitmen sepenuhnya dan telah membuat perancangan rapi dengan meletakkan barisan pemain terbaik termasuk pemain import. – BERNAMA