Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Misteri Kehilangan Isteri Jong-un...

ISTERI Kim Jong-un buat pertama kalinya dilihat di khalayak ramai dalam tempoh empat bulan...

Bau Bahan Terbakar Di...

SINGAPURA - Penduduk di bahagian timur laut Singapura mengadu mereka menghidu kualiti udara...

Wanita Mengandung Sah Positif...

PUTRAJAYA - Seorang wanita berusia 27 tahun dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru...

Kadar Zakat Fitrah Kekal,...

PUTRAJAYA – Kadar pembayaran zakat fitrah untuk individu Muslim sepanjang Ramadan kali ini...

Tambahan Lebih 2,000 Kosa Kata Bahasa Isyarat

ALOR SETAR – Lebih 2,000 kosa kata bahasa isyarat bagi penggunaan golongan pekak dan bisu telah ditambah dalam Buku Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Jilid Ketiga yang diterbitkan penghujung tahun lepas.

Pengarah Projek BIM, Mohamad Sazali Shaari berkata penambahan itu adalah kepada 10,000 kosa kata bahasa isyarat dalam jilid terdahulu seiring dengan perkembangan penggunaan perkataan dan bahasa pada zaman ini.

“Penambahan kosa kata ini sangat penting dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa isyarat dalam kalangan pelajar dan warga pekak terutama di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

“Bagi memudahkan pelajar dan tenaga pengajar, buku tersebut dikategorikan di bawah tajuk perkataan seerti dan berlawanan, nama tempat, kamus dan kamus kanak-kanak,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan buku BIM Jilid Ketiga bagi Zon Utara di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alor Setar, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, lebih 20 penerima dari sekolah pendidikan khas, sekolah program pendidikan khas intergrasi, perpustakaan negeri, persatuan orang pekak negeri dan Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri menerima buku edisi baharu BIM itu.

Mohamad Sazali, yang juga presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), berkata selain buku, jilid kali ini turut tampil dengan cakera padat digital(DVD) bagi menarik perhatian pelajar serta memudahkan mereka memahami kosa bahasa isyarat baharu yang diperkenalkan.


Katanya, jilid terbaharu itu memberi fokus kepada pembinaan struktur, konsep dan pemahaman ayat sebagai persediaan untuk pelajar menulis dan membaca dengan lebih komprehensif.

“Ia mengambil masa selama dua tahun untuk disedia dan disiapkan dengan tujuh bengkel diadakan di seluruh negara hanya untuk mengumpul dan membentuk kosa bahasa yang baharu di mana penghasilannya mendapat bantuan dari pakar-pakar bahasa di Malaysia.

“Dalam masa yang sama, kami turut mengambil isyarat yang sering digunakan oleh warga pekak dan dikembangkan sebagai variasi kepada kosa bahasa isyarat yang formal,” jelasnya. – BERNAMA

Kategori