Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Perpaduan Mampu Bertahan...

KUALA LUMPUR : DAP yakin model kerjasama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan...

Pemilik Hotel ‘No Halal’...

NEW DELHI: Sepasang kekasih yang menjalankan perniagaan hotel ‘No Halal’ di Kochi ditahan pihak polis atas dakwaan melakukan cubaan membunuh terhadap pemilik kafe serta menyebarkan kebencian dalam media sosial.Lapor India Today, pasangan itu dikenal pasti sebagai Thushara Kallayil dan suaminya, Ajith, dituduh cuba membunuh Binoj dan Nakul yang merupakan pemilik kafe di Kakkanad, Kochi berdekatan Infopark.Susulan itu, polis turut menahan mereka kerana menghasut orang ramai dengan menyebarkan propaganda perkauman apabila Thushara memuat naik video secara langsung dalam Facebook.

Ibu Nasihati Kilafairy Jauhi...

PETALING JAYA - Pelakon Kilafairy memberitahu, ibunya iaitu penyanyi Rohana Jalil sering memberi...

Belian Pelabur Asing Susut...

KUALA LUMPUR - Belian ekuiti oleh pelabur-pelabur asing di Bursa Malaysia menyusut kepada...

Tehmina Janjua Wanita Pertama Jadi Setiausaha Luar

KARACHI – Buat pertama kali dalam sejarah Pakistan, Perdana Menteri Nawaz Sharif pada Isnin melantik wanita menyandang jawatan setiausaha luar, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Tehmina Janjua yang kini memegang jawatan sebagai diplomat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva akan memulakan tugas baharunya itu pada minggu pertama bulan Mac, kata kenyataan Kementerian Luar.

Janjua mempunyai pengalaman selama hampir tiga dekad sebagai diplomat. Beliau berkelulusan ijazah sarjana dari Universiti Quaid-e-Azam di Islamabad dan Universiti Columbia, New York.

Pada tahun 2001 hingga 2015 beliau memegang jawatan sebagai duta ke Itali dan sebelum itu menjadi jurucakap kepada Kementerian Luar.


Analisis menunjukkan Janjua bakal berdepan cabaran susulan hubungan diplomatik yang tegang antara India dan Afghanistan selain hubungan dengan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran baharu Presiden Donald Trump. – BERNAMA

Kategori