Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cari Penyelesaian Elak Banjir...

BENTONG - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah murka dan sedih dengan kejadian banjir...

BSN Tanggung Penuntut Di...

KOTA BHARU - Bank Simpanan Nasional (BSN) membuat kejutan istimewa untuk sebuah keluarga...

Tak Pasti Zulfarhan Muntah...

KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan yang merawat Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal...

Faye ‘Buka Mulut’, Jelas...

KECOH di media sosial mengenai penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa terhadap bekas...

Teknik Warm Mix Asphalt Jimatkan 30% Kos Turap Jalan

MERSING – Teknik Warm Mix Asphalt (WMA) dan penggunaan bahan campuran baharu dalam proses pembinaan dapat menjimatkan kos turapan jalan sebanyak 30 peratus.

Ketua Penyelidikan Turapan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Rosli Hainin berkata buat masa ini, kaedah itu belum dikomersialkan dan masih dalam kajian terperinci.

“Masyarakat mengetahui jalan di luar bandar sering rosak disebabkan beberapa faktor, antaranya teknik pembinaan dan reka bentuk campuran yang kurang sesuai dengan keadaan trafik sebenar.

“Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila bahan campuran asphalt yang panas perlu dihantar ke kawasan luar bandar yang jauh dari loji campuran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari kedua Program Pemindahan Teknologi dan Penilaian Kaedah Reka Bentuk Turapan Jalan yang diadakan di sini.

Program dua hari itu adalah bagi mewujudkan garis panduan mereka bentuk dan membina jalan di luar bandar selain menggalakkan perkongsian ilmu teknologi kepada komuniti setempat.

Turut menyertai program itu adalah wakil beberapa agensi iaitu Pejabat Daerah Mersing, Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kontraktor dan masyarakat sekitar.


Pada program itu, peserta diberi pendedahan serta perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi yang mana penceramah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan jalan raya dan pengangkutan dari UTM.

Selain itu, peserta dapat menyaksikan secara lebih dekat demonstrasi turapan percubaan yang melibatkan beberapa aplikasi teknik pembinaan dan bahan campuran yang dicadangkan termasuk warm mix asphalt(WMA) yang julung kali digunakan di Malaysia.

Mohd Rosli berkata peserta juga akan mendapat pendedahan mengenai prosedur yang betul dalam pembinaan jalan luar bandar serta mengaplikasikan teknologi yang telah dipelajari.

Beliau turut berharap program itu dapat memberi impak positif selain membantu Johor merancang dan membangunkan ekonomi dan sosio komuniti negeri. – BERNAMA

Kategori