Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mustapa Harap Biden Tumpu...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan harapan tinggi agar...

Saintis Jepun Berhasrat Lancar...

GEORGE TOWN - Fenomena meteor, satu daripada keajaiban alam semula jadi paling indah...

Tchetche Mahu Tamat Kemarau...

KUALA TERENGGANU: Selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super tanpa sebarang gol, penjaring kedua...

Amy Akhiri Gimrama Dengan...

SKUAD gimrama negara menamatkan kempen di Sukan Komanwel dengan penuh bergaya apabila meraih...

Telefon Peribadi Hitler Dilelong RM1.3 Juta

WASHINGTON DC – Telefon peribadi Adolf Hitler yang sering digunakan diktator itu untuk mengeluarkan arahan ketika Perang Dunia II, bakal dilelong esok.

Sebuah rumah lelongan Amerika Syarikat (AS) semalam melaporkan, pada asalnya telefon itu berwarna hitam ‘Bakelite’ yang kemudian ditukar kepada warna merah dan diukir nama Hitler.

Barangan antik itu ditemui di bilik rahsia pemimpin Nazi itu di Berlin, Jerman pada 1945, berikutan kekalahan rejim tersebut.

Rumah lelongan Alexander Historical menganggarkan telefon antik itu bernilai antara AS$200,000 hingga AS$300,000 (RM890,600 hingga RM1.3 juta).

Pada Ahad ini, syarikat yang berpangkalan di Maryland, pantai timur AS, bakal melelong lebih daripada 1,000 barangan, termasuk telefon putar ‘Siemens’ dengan lambang ‘swastika’ dan simbol helang empayar Nazi atau Third Reich.


Rumah lelongan Alexander menggelarkan telefon itu sebagai ‘senjata’ pemusnah paling berbahaya kerana mengorbankan banyak nyawa.

Katanya, Hitler pernah menggunakan telefon itu untuk mengeluarkan kebanyakan arahannya ketika dua tahun terakhir Perang Dunia II. – AFP

Kategori