Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perang Bendera Dan Poster...

SUNGAI BESAR - Perang bendera dan poster sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Satu Logo Strategi Terbaik...

PENGGUNAAN satu logo merupakan strategi terbaik buat UMNO dan PAS. Mengambil contoh pendekatan digunakan...

Ellie Suriaty Tak Hadap...

PELAKON Ellie Suriaty berkata penyertaannya dalam perhimpunan dan demonstrasi anjuran pertubuhan bukan kerajaan...

Baru Kahwin Pun Cabul...

REMAJA lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan mencabul...

Tengku Adnan Sedia Beri Keterangan Kepada Polis

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau sedia memberikan keterangan kepada polis berhubung kenyataannya mengenai kerajaan Pulau Pinang meminggirkan kaum Melayu baru-baru ini.

Tengku Adnan berkata beliau telah menerima panggilan daripada polis selepas Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis meminta beliau menjelaskan kenyataan itu yang dianggap tidak berasas dan serius.

“Polis akan datang kepada saya atau saya akan datang jumpa mereka untuk beri kenyataan. Tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kementeriannya di sini.

Tengku Adnan menyelar tindakan pembangkang yang katanya tidak membaca kenyataan beliau sepenuhnya dan mencetuskan salah faham kepada orang ramai.

“Saya kata semua bangsa dipinggirkan di Pulau Pinang. Tapi mereka (pembangkang) hanya memetik bangsa Melayu saja. Tolong baca kenyataan saya betul-betul.

“Lagi pun yang saya kata ialah saya ingin jadikan Pulau Pinang, Langkawi, Pulau Tioman dan Melaka (sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.) Saya tak kata yang saya akan ambil Pulau Pinang (sahaja).


“Kita di Wilayah Persekutuan boleh pastikan harga rumah berpatutan kepada rakyat dan boleh kurangkan kekangan hidup penduduk. Kata dikota. Mereka (pembangkang) cakap tak serupa bikin. Dia makan cili dia rasa pedas, “ katanya.

Terdahulu, di rumah terbuka itu, Tengku Adnan mengagihkan sumbangan wang tunai kepada 2,500 golongan asnaf dan golongan memerlukan berjumlah RM75,000 menerusi dana Yayasan Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Kategori