Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mat Yo Dipancing Bangkok...

KUALA LUMPUR - Teka-teki berhubung masa depan penyerang veteran kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha...

Cover Album Anatomi Faizal...

PENYANYI dan penghibur berbakat, Faizal Tahir menerusi laman Facebook dan Instagramnya memuat naik...

36 Kompaun Berkaitan Kesalahan...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan 36 notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan...

Masjid Tampil Tepis Kritikan...

Assalamualaikum,Mengenai post oleh Ustaz Ebit Lew berkenaan lawatan beliau ke sebuah keluarga fakir...

Tepati Ramalan, Syamel Dan Erni Juara Duo Star

MENEPATI ramalan ramai, pasangan duo Syamel dan Ernie dinobatkan sebagai juara program Duo Star musim pertama sekaligus menewaskan tiga pasangan lain yang lebih senior.

Mereka menyampaikan dua buah lagu iaitu Balqis nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza dan Lupa Pada Janji (Datuk Jamal Abdillah) yang telah diubah suai sendiri mengikut kreativiti pasangan yang masing-masing berusia 24 dan 25 tahun itu.

Kemenangan mereka itu berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan AuraWhite, baucar tunai Go Shop bernilai RM4,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Nampaknya, gandingan Nur Ernie Shahirah Zakri atau Ernie yang merupakan juara Bintang RTM tahun 2009 dengan naib juara Akademi Fantasi 2015, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau Syamel memberikan impak baru dalam industri seni suara.

Persembahan dua bintang itu mendapat pujian daripada juri dan penonton yang berpuas hati dengan kelantangan vokal suara mereka yang nyata memukau.

Sebelum ini pasangan tersebut juga pernah memenangi anugerah Duo Star pilihan AuraWhite sebanyak dua kali.

Tepati Ramalan, Syamel Dan Erni Juara Duo Star


Pada program tersebut, Awi Rafael dan Kaka yang memenangi tempat kedua berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan AuraWhite, baucar tunai Go Shop bernilai RM3,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, tempat ketiga dimiliki olhe Haiza dan Aepul yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi manakala tempat keempat dimenangi oleh Firman dan Ayai yang membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan AuraWhite, Baucer tunai Go Shop bernilai RM1,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Kesemua peserta pada pertandingan akhir itu diadili seratus peratus oleh juri profesional iaitu Datuk Acis, Datuk Hattan dan Adibah Noor.

Sementara itu, kesemua finalis pada pertandingan akhir itu bakal tampil dengan single duet terbaharu iaitu Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Ada Jalannya (Awi Rafael & Kaka Azraff), Yakin Aku (Ayai & Firman) dan Jangan Pernah Berdusta (Haiza & Aepul). – MYNEWSHUB.CC

Kategori