Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

4,543 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,543 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah pesakit Covid-19...

PAS Sertai Misi ‘Food...

KUALA LUMPUR - PAS akan menghantar delegasi untuk menyertai misi 'Food Flotilla For...

Operasi Cari Kapal Karam...

JAKARTA: Operasi mencari kapal KM Sinar Bangun yang dipercayai tenggelam bersama lebih 100...

Peneroka Felda Nikmati Pelbagai...

ADA calon pembangkang yang sengaja memburukkan Felda. Konon peneroka Felda dianiaya dengan hutang. Malah,...

Terengganu Tekad Cemerlang Saingan Piala FA

KUALA TERENGGANU – Sikap terlalu berhati-hati dan teragak-agak untuk merebut bola daripada pihak lawan mungkin menjadi penghalang kepada pasukan Terengganu untuk terus beraksi cemerlang dalam kempen Piala FA.

Justeru, Ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata kelemahan itu perlu diperbaiki, dan sikap pemain terutama pada awal babak permainan juga perlu diubah andai mereka berhasrat melangkah jauh dalam saingan tersebut.

“…ada ketikanya pemain seolah-olah takut mengawal bola dan membuat hantaran dan terlalu berhati-hati. Saya harap pemain dapat mengatasi dan memperbaiki kelemahan ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi, Terengganu menumpaskan Felcra FC 1-0, sekali gus layak ke pusingan ketiga Piala FA 2017.


Irfan Bakti berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum pada perlawanan seterusnya. – BERNAMA

Kategori