Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU14: SPR Akan Perkenal...

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan kaedah ‘urutan jari’ dalam Pilihan...

UMNO Salur Bantuan Guaman...

KUALA LUMPUR: UMNO akan memberikan bantuan guaman kepada Ketua Pemuda, Dr Muhammad Akmal...

GAMBAR: Pelanggan Temui Ulat...

ADUHAI...ada saja cerita kurang enak mengenai coklat berjenama Cadbury ini.Selepas reda isu DNA...

Keputusan Batal Projek HSR...

PETALING JAYA - Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api...

Terima Kasih… Mynewshub Kini No.1

BERMULA 6 tahun lalu….

Dengan beberapa rakan baik lama, Mynewshub memulakan langkah dalam dunia portal yang sangat asing untuk kami wartawan media arus perdana.

Kemahiran IT yang kami paling tinggi ada pun ketika itu hanya mempunyai akaun e-mel dan akaun Facebook. Jangan ditanya lebih daripada itu.

Dalam memulakan langkah, penulis bernasib baik bertemu dengan seorang pakar bidang IT dan pemasaran media sosial yang sehingga hari ini banyak membantu yang dikenali sebagai Jack Aaron Aziz (sah ia bukan nama sebenar).

Berbekal sedikit modal dari seorang lagi sahabat baik… perjalanan Mynewshub bermula.

Ada rakan baik yang berusaha mendapatkan perabot terpakai dari sebuah kedai Bangla kat Gombak.

Penulis pula mencari ofis yang asalnya sudah macam rumah hantu kat fun fair.

Ramai beranggap kami ni kaya raya dengan bajet melimpah ruah.

Salah tu bro….

Mynewshub dibangunkan pun menggunakan open source yakni WordPress dan sehingga ke hari ini masih menggunakan sumber yang sama.

Banyak yang dilalui dalam tempoh beberapa tahun itu.

Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, hubungan kami kawan-kawan ada yang terputus akibat salah faham dan ada yang kemudiannya memilih haluan sendiri.

Namun, kesemua mereka telah membantu begitu banyak sehingga apa penulis mampu luahkan cuma terima kasih bro…

Apa yang berlainan, Mynewshub sejak hari pertama di bawah bimbingan Jack memberikan penumpuan yang amat besar mengintegrasikan media sosial dengan penyebaran berita.

Share widget adalah antara widget yang paling awal kami gunakan sepenuhnya.

Facebook menjadi platform penyebaran berita yang utama.


Sedikit demi sedkit kami mula memahami apakah itu berita dalam talian, apa yang pembaca suka baca.

Mynewshub dibangunkan dengan dua media sebagai panduan utama kami yakni Huffington Post dan Harian Metro.

Yes… konsep pemberitaan Harian Metro adalah tunjang kepada hala tuju content dalam Mynewshub.

Cuma pendekatan itu kami ubah dengan melihat kepada perkara-perkara sensasi dalam talian, apa yang sedang viral di media sosial di samping tidak ketinggalan memuat naik juga berita-berita yang serius.

Ramai juga yang tidak faham cara kami menulis.

Pernah timbul satu komen di laman kami “Apa la blog ni, itu hari buat story petik twitter orang,”.

Yea… memang kami mula menulis dengan memetik Facebook dan Twitter orang, tapi buka la mata sikit dan tengok CNN, BBC pun zaman sekarang buat berita menggunakan sumber yang sama.

Sekurang-kurangnya kami sedar penggunaan sumber itu lebih awal.

Namun, lupakan semua itu sebab bukan kami nak sembang deras pasal diri kami.

Kami cuma hendak mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong portal kecil ini.

Untuk hari ini (esok tak pasti), Mynewshub berjaya merangkap ke tempat pertama menewaskan beberapa portal gergasi mengikut ranking terbaharu Alexa.

Kalau esok jatuh balik pun, tak kisah, tapi hari ini sangat bermakna kepada kami.

Terima kasih semua…

Oleh: Satu Hala

Kategori