Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak...

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas...

Cari Jalan Penyelesaian Tingkat...

MANILA – Kerajaan berhasrat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam tempoh terdekat bagi...

Pelanggan Boleh Makan Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran bermula esok.Menteri...

Papan Kekunci Dengan Pengimbas...

SEBELUM ini, pihak Microsoft telah membuat satu pengumuman berkenan mereka akan mula menjual...

Tiada Kematian Jangkitan Rotavirus Direkodkan Di Kedah

KUALA LUMPUR – Tiada kematian direkodkan akibat jangkitan Rotavirus di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah dan kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga Isnin lepas), jumlah kumulatif kes adalah 49 iaitu 39 kes dari Kedah, enam (Pulau Pinang) dan empat (Perlis) dan melibatkan pesakit berumur 10 bulan hingga 63 tahun.

“Daripada jumlah ini, enam pesakit (12.2 peratus) disahkan positif Rotavirus dan sehingga hari ini, 31 pesakit masih dirawat di hospital kerajaan dan swasta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, katanya, Kementerian Kesihatan menutup sementara pusat rekreasi tersebut bagi siasatan dan kerja pembersihan.


Dr Noor Hisham berkata selain mengambil kesemua lapan sampel kolam air panas pelbagai suhu, kementerian juga mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta di daerah dan negeri berdekatan lokaliti kejadian.

Beliau turut menyarankan ibu bapa untuk membawa anak-anak yang mengalami cirit-birit dan pernah mandi di pusat rekreasi itu antara 25 Jan hingga 3 Feb lepas untuk rawatan dan nasihat doktor. – BERNAMA

Kategori