Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU14: PSM Umum Bertanding...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan parti itu akan bertanding di...

Rakyat Tertipu Masih Ada...

SEMALAM tanggal 1 September bermula pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas cukai...

Awie Nafi Nikah Dengan...

UMUM mengetahui, pelakon dan penyanyi Awie kini telah pun sah bergelar tunangan kepada...

Khairil Aslan Gementar Tamatkan...

SEPANG - Rasa resah dan gementar tetap menyelubungi perasaan pendaki solo negara Khairil...

Tindakan Lebih Keras Terhadap Pesalah Dadah Kali Ketiga

BACHOK – Polis Kelantan akan mengenakan tindakan lebih keras terhadap pesalah dadah yang ditahan kali ketiga, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail.

Ab Rahman berkata setakat ini, pesalah dadah yang ditahan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, beliau berkata jika pesalah dadah yang sama ditahan untuk kali ketiga, polis Kelantan akan mengenakan tindakan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan tiga sebatan.

“Seksyen berkenaan sudah lama diwujudkan tetapi jarang dikenakan kepada pesalah walaupun ada yang sudah beberapa kali ditahan kerana kesalahan sama.

“Kaedah sebelum ini seakan tidak menggentarkan pesalah dan polis terpaksa menggunakan pendekatan lain bagi menangani isu membabitkan kesalahan dadah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, hari ini.


Beliau berkata selama ini penagih dadah tidak takut walaupun ditangkap berulang kali melakukan kesalahan sama kerana mereka atau waris akan membayar denda sekiranya dituduh di bawah seksyen lain seperti Seksyen 15(1) ADB 1952 kerana air kencing positif dadah.

“Tapi di bawah Seksyen 39C ADB 1952 ini, mereka tidak lagi boleh membayar denda, malah akan dihukum penjara untuk tempoh agak lama dan turut dirotan,” katanya.

Katanya menerusi kaedah itu, kesalahan berkaitan dadah terutama membabitkan pengedaran pil kuda akan dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus sebagaimana yang disasarkan oleh polis Kelantan pada tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori