Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perbarisan Hari Kebangsaan 2018...

PUTRAJAYA – Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 yang diadakan di Dataran Putrajaya di sini...

Remaja Palestin Bersalah Bunuh...

BAITULMAQDIS - Pendakwa raya mahkamah tentera Israel, semalam memohon hukuman penjara seumur hidup...

PH Kalah Di Tanjung...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kekalahan...

44 Bekas Ahli Parlimen...

COLOMBO - Perdana Menteri Baharu Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan 44 bekas pembuat...

TLDM Bantu Penduduk, Pelancong Di Tioman

KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan operasi membawa keluar pelancong yang terkandas di Pulau Tioman berikutan laut bergelora dan angin kencang akibat cuaca buruk.

Pegawai Staf Operasi Markas Wilayah Laut 1 Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Leftenan Komander Ahmad Zaki Ismail berkata kepada media, pihaknya belayar ke pulau peranginan itu menggunakan kapal KD Terengganu.

Mereka berlepas kira-kira pukul 9 malam Selasa dan selamat tiba di pulau peranginan tersebut pukul 7.55 pagi Rabu dengan turut membawa bersama-sama sejumlah bekalan makanan untuk kegunaan 300 keluarga di situ.

“Mengikut kapasiti maksimum di KD Terengganu, kami boleh membawa keluar 123 pelancong.

 Kami bertolak balik dari Pulau Tioman ke jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Baca: Feri Ke Tioman Dihentikan Sementara, Cuaca Buruk

“Jika tiada masalah, kapal ini dijangka tiba pukul 8 malam Rabu,’’ katanya. Menurut Ahmad Zaki, baki pelancong yang terkandas akan dibawa keluar dengan menaiki feri berdasarkan kepada keadaan semasa cuaca dan laut.


Bagaimanapun, kata beliau lagi, jika keadaan masih lagi tidak mengizinkan, mereka akan sedia berpatah balik ke Pulau Tioman untuk membawa keluar baki pelancong terbabit.

Tambahnya, selain membawa keluar pelancong, KD Terengganu juga menghantar barangan keperluan harian seperti beras dan minyak masak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana penduduk di situ terputus bekalan.

Kira-kira 500 pelancong dilaporkan terkandas di Pulau Tioman berikutan cuaca buruk dan ombak besar sejak Ahad lalu malah ia merupakan insiden kedua selepas sambutan Tahun Baharu Cina lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori