Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bulan Ramadan Tingkat Ekonomi...

KUALA NERUS - Bulan Ramadan dilihat mampu menjadi pencetus peningkatan ekonomi golongan muda...

Bintang Chelsea Paksa Conte...

SEORANG pemain Chelsea mula memberi tekanan kepada Antonio Conte untuk meninggalkan pasukan itu...

1,744 Saman Trafik Dikeluarkan...

KLUANG - Polis mengeluarkan 1,744 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Khas...

Zarul Lepaskan Kerjaya Pramugara...

MESKIPUN adakalanya rindu kerjaya pramugara yang telah diceburinya selama 17 tahun, namun Zarul...

Tanding Presiden FAM: TMJ Junjung Titah Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, memuat naik beberapa keping gambar pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bersama Sultan Ibrahim dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Entri terkini itu mencatatkan bahawa TMJ menjunjung titah Sultan Johor untuk bertanding jawatan Presiden FAM bagi mengubah landskap bola sepak negara.

Hamidin pada sidang media hari ini, mengesahkan penerimaan pencalonan Tunku Ismail, sekali gus menyaksikan perebutan kerusi panas itu pertembungan satu lawan satu dengan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan sehingga tempoh pencalonan ditutup, petang ini.


Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala bagi empat jawatan naib presiden, sembilan calon akan bertanding. – BERNAMA

Kategori