Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN: Buka Peluang...

KANGAR - Perancangan dirangka Barisan Nasional (BN) untuk memperkasakan wanita yang disifatkan sebagai...

Lans Koperal Didakwa Lakukan...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Dua Jam Dengan Hasil...

SHAH ALAM - Belum sempat merasai hasil samun, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai...

COVID-19: Kluster Baharu Dikesan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster baharu COVID-19 dalam kalangan...

Tokan Ditahan, 195 Biji Pil Ekstasi & Erimin 5 Disita

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki ‘tokan’ dadah dan merampas 195 biji pil ekstasi dan erimin 5 di hadapan sebuah hotel bajet di Jalan Tembikai di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu ternampak lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya pada 6.20 petang.

“Hasil pemeriksaan di dalam beg galas lelaki itu, polis menemukan 154 biji pil erimin 5, 41 biji pil ekstasi, 18 paket mengandungi 21.2 gram ketamin dan dua paket syabu bernilai kira-kira RM2,500 serta satu alat penimbang digital,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan, lelaki itu dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menghantar bekalan dadah berkenaan.

Lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah itu dipercayai mendapatkan bekalan daripada sindiketnya sebelum membungkus semula dan menjual kepada pelanggan di sekitar negeri ini, katanya.

Nik Ros Azhan berkata suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan anggota sindiket yang lain.

“Lelaki itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 39A(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun sebuah restoran makanan segera di Alma, di sini yang videonya menjadi tular di media sosial.


Katanya kejadian samun itu berlaku pada 10 Februari lepas namun video mengenainya menjadi tular semalam, selepas ia dimuat naik oleh seorang penguna Facebook.

“Dalam kejadian itu, remaja berusia 19 tahun itu dicekup orang ramai selepas dia melarikan laci mesin tunai restoran tersebut. Suspek yang baru sehari bekerja di situ, membuka tingkap kaunter pandu lalu sebelum melarikan laci dengan dibantu seorang rakannya yang menunggu di luar tingkap.

“Kejadian itu bagaimanapun, disedari pekerja lain yang mengejar remaja berkenaan dengan motosikal. Suspek terjatuh bersama laci wang manakala rakannya berjaya melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata remaja itu kemudian diberkas orang ramai yang berada di kawasan berkenaan sebelum diserah kepada polis dan rakan suspek masih diburu. – BERNAMA

Kategori