Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bot Karam: Nelayan Warga...

KUALA TERENGGANU - "Takut, panik semua ada... alhamdulillah pak cik selamat... tapi pak...

45 Anggota Keluarga Lim...

GEORGE TOWN - Keluarga mendiang Lim Tang Too sepatutnya mendapat tempat dalam Guinness...

Minta MAHB Kemuka Laporan...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta Malaysia...

Lebih 50 Maut Dalam...

BANDARAYA MEXICO - Konfrontasi bersenjata membabitkan kumpulan gengster dan jenayah dengan pasukan keselamatan...

Tom Hanks Bakal Keluarkan Buku Hasil Tulisannya

LONDON – Pelakon popular Hollywood Tom Hanks bakal melancarkan buku pertama hasil tulisannya yang mengandungi koleksi 17 cerita pendek berkisar mengenai ‘mesin taip’.

Bertajuk ‘Uncommon Type: Some Stories’, buku itu akan mula diedarkan pada Oktober, memetik The Guardian, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Hanks, 60, mula menulis buku berkenaan selepas beliau menulis satu cerita dalam New Yorker pada 2014.

“Dalam tempoh dua tahun menghasilkan semua cerita, saya masih tetap berlakon di New York, Berlin, Budapest dan Atlanta. Saya menulis ketika berada di hotel, bercuti, di rumah, dalam kapal terbang dan ketika di pejabat,” kata Hanks dalam kenyataan.

Buku itu akan diterbitkan di Amerika Syarikat (AS) oleh Alfred A Knopf.

Sementara di India penerbit Sonny Mehta berkata; “Ia satu kejayaan yang besar. Saya amat teruja dengan gaya penulisan digunakan Tom menerusi unsur jenaka dan kemanusiaan.”


Edisi United Kingdom akan diterbitkan William Heinemann serentak dengan terbitan oleh Knopf di AS.

Sementara hak cipta untuk bahasa asing telah dijual di tujuh buah negara termasuk di Brazil dan China. – BERNAMA

Kategori