SETELAH berjaya menyebarkan mesej Solidariti Demi Rohingya dalam Basking4Rohingya di Sogo KL pada Sabtu lepas, suara kemanusiaan Selamat Malam Rohingya berkembara ke Teluk Cempedak, Kuantan semalam.
Penyanyi Selamat Malam Rohingya, Syed Amran Al Yusof meneruskan jelajah jalanannya menyebarkan kesedaran mengenai nasib etnik Rohingya menuju siri kempen di Pantai Timur.
“Saya meneruskan mesej kemanusiaan dalam isu Rohingya. Gerakan politik, aktivis sosial dan seniman kena selari demi memastikan momentum kita membangkitkan kesedaran awam berterusan,” kata Syed Amran.
Lagu Selamat Malam Rohingya menjadi taglines siri kembara nyanyian jalanan yang bakal diadakan di seluruh negara. Syed Amran bercadang mengadakan kempen Basking4Rohingya ke semua bandar seluruh negara.
Pada pesembahan di Teluk Cempedak, lebih 500 pengunjung hadir. Selain mengikuti persembahan, penonton turut mengekpresikan sokongan dengan menyampaikan derma pada komumiti migran Rohingya di sekitar Pahang.
“Ramai etnik Rohingya di Kuantan. Mereka wajar mendapat sokongan kita semua selain sejuta rakyat Rohingya yang masih bergelut di Arakan,” kata Syed Amran.
Syarikat TC Event bermurah hati menaja sistem bunyi dan pentas persembahan bagi menjayakan Basking4Rohingya selama 2 jam bermula 4.00 petang.
Sementara itu PBB melalui laporan tidak rasmi melaporkan lebih seribu penduduk etnik Rohingya dibunuh sejak krisis ketegangan kaum berulang pada November lepas. Pembunuhan etnik ini dilakukan pihak tentera dan orang awan suku Myan yang mendapat sokongan tentera. – MYNEWSHUB.CC