Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

5 ADUN UMNO Gesa...

PETALING JAYA: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO menggesa Pengerusi Badan Perhubungan...

PM Ucap Takziah Kejadian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Cederakan Lelaki Guna Parang,...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Rakyat Qatar Dihalang Masuk...

RAKYAT Qatar Menunaikan Manasik Dengan Mudah Dan Lancar. Perbadanan Pengurusan Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi...

Tuah Penternak… Udang Krai Ini Dijual RM126,066

BANGKOK – Seorang penternak berusia 28 tahun, Kanokphum Siriwat mendapat tuah apabila seekor udang krai yang dibiaknya yang dijual dengan dengan harga 1 juta baht (RM126,066).

Harga itu sekali gus menjadikan udang krai bertompok coklat ini yang diternanya di daerah Kamphaeng Saen di wilayah Nakhon Pathom muncul sebagai udang hiasan termahal di Thailand.

Udang bercorak unik itu dilaporkan berjaya dijual kepada seorang pemilik restoran makanan laut, Prathan Lianpanich di daerah yang sama, pada Isnin lalu.

2

Udang yang diberi nama Cha Khun Chang ini dikatakan sudah berusia enam bulan.

Menurut Kanokphum, dia awalnya menolak tawaran Prathan sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan lalu apabila pemilik restoran itu menawarkan 500,000 baht (RM63,073) untuk membeli udang berkenaan.

Pun begitu, akhirnya dia menjual udang tersebut kepada Prathan selepas lelaki itu bersungguh menawarkan dengan harga 1 juta baht sebelum Tahun Baharu Cina.


Selain itu, Kanokphum turut menghadiahkan ahli perniagaan itu seekor udang betina yang mempunyai kira-kira 300 anak.

Sementara itu, Prathan memberitahu udang tersebut jarang ditemui dan dia kagum dengan corak serta warnanya yang unik.

Antara alasan dia sanggup membeli dengan harga yang tinggi kerana dia percaya udang itu mampu memberi tuah kepada perniagaan restorannya.

Kategori