Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bot Bawa 100 Pendatang...

SABAK BERNAM – Sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 100 orang pendatang asing...

Penentang Syria Desak Tindakan...

JAKARTA - Selain menimbulkan kemarahan penduduk beragama Islam di Indonesia, Gabenor Jakarta, Basuki...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

250 Laporan Peserta Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima sebanyak 250 laporan...

Tuduhan Pembangkang Mengenai KWSP Berniat Jahat

SAYA terkejut dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga pemimpin pembangkang iaitu, Dr. Dzulkefly Ahmad (PAN), YB Wong Chen (PKR) dan YB Teresa Kok (DAP) dua hari lalu.

Mereka secara berniat jahat menuduh KWSP kini mengalami masalah kewangan justeru mengiystiharkan kadar dividen yang lebih rendah pada 5.7 peratus bagi 2016 berbanding 6.4 peratus untuk tahun sebelumnya.

Tiga ahli politik senior ini juga mendakwa ia adalah berikutan pelaburan KWSP dalam 1MDB dengan secara tidak benar, mendakwa melibatkan nilai RM1.72 bilion.

KWSP tidak menghadapi masalah kewangan. Jika ia berada dalam kesulitan itu atau mengalami kerugian, KWSP tidak akan mampu membayar dividen langsung, apatah lagi mengeluarkan dividen 5.7 peratus bagi 2016.

Sebagaimana sudah dijawab di Parlimen pada Mei 2015, pendedahan KWSP kepada 1MDB adalah RM200 juta, dan bukannya RM1.72 bilion.

Pelaburan ini adalah dalam bentuk Sukuk 30 tahun yang dikeluarkan pada 2009 dan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

Bagi memperjelaskan selanjutnya, pendedahan KWSP juga adalah bagi dua bon RM1.5 bilion untuk dua loji Pengeluar Tenaga Persendirian (IPP) iaitu Panglima Power Sdn. Bhd. (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. (JEV).

Bon ini dibeli oleh KWSP masing-masing pada tahun 2003 dan 2005 sebelum 1MDB diwujudkan dan turut disokong oleh aliran tunai yang kukuh.

Sebagaimana diketahui umum, kedua-dua IPP ini telah dibeli oleh 1MDB baru-baru ini dan sejak itu sudah dijual melalui satu urus niaga yang dilengkapkan pada Mac 2016.

Ia sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB. Maka, kedua-dua bon itu tidak lagi berkait dengan 1MDB lagi.

Ketiga-tiga bon ini adalah bon perolehan tetap yang membayar kupon tetap dan tidak pernah tertunggak. KWSP tidak pernah mengalami kerugian daripadanya.

Sebagai tambahan, pendedahan KWSP kepada Sukuk RM200 juta yang dijamin kerajaan adalah hanya 0.02 peratus daripada keseluruhan aset KSWP iaitu RM731 bilion.


Lanjutan itu, dakwaan ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu yang mendakwa KWSP menghadapi masalah kewangan atau 1MDB menyebabkan kerugian kepada KWSP adalah tidak benar dan berniat jahat.

Sebagai bekas dan Ahli Parlimen yang masih berkhidmat, tiga pemimpin pembangkang ini gagal melaksanakan tanggungjawab untuk berlaku jujur kepada rakyat apabila membuat tuduhan mengarut seumpama itu dalam kenyatan bersama itu.

Mereka seharusnya tidak mengulangi tindakan seumpama ini pada masa akan datang.

Mengambil kira pembayaran dividen sejak 2000, situasai ekonomi serantau dan global masa kini serta prestasi tabung kewangan pekerja serta dana bersama lain di rantau ini, pemberian 5.7 peratus oleh KWSP harus diberi pujian.

Bagi tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, KWSP telah merekodkan kadar pembayaran dividen purata sebanyak 4.99 peratus di mana dari tahun 2009 hingga 2016, purata ini meningkat kepada 6.1 peratus.

Saya yakin dengan pertumbuhan positif KDNK bagi tempoh dua suku tahun sebelum ini serta lonjakan terhadap indeks Bursa Malaysia, Insha Allah, prestasi KWSP akan bertambah baik bagi tahun 2017.

Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
24 Februari 2017

– MYNEWSHUB.CC

Kategori