Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Siti Aisyah Catat Sejarah...

LANGKAWI - Siti Aisyah Alias mencatat sejarah sebagai pelumba wanita pertama Malaysia menaiki...

Lelaki Hidang Daging Manusia...

AKHIRNYA perbuatan kejam dua lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita sebelum menghidangkan dagingnya...

Awas Penyeludupan Di Sempadan...

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang aktiviti penyeludupan lembu dari...

BN Akan Letak Calon...

KUALA LUMPUR : Calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Tunggakan Gaji Bukan Penyebab Kelantan Kalah

KOTA BHARU – Tunggakan gaji bukan penyebab kekalahan Kelantan kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Muhammad IV malam tadi, kata pemain pertahanan Kelantan Nor Hafiz Zamani Misbah.

Beliau berkata kekalahan itu berikutan kesilapan yang dilakukan oleh pemain dan tiada kena-mengena dengan isu tunggakan gaji.

“Pasal masalah gaji saya tidak mahu komen apa-apa, masalah itu biar pihak pengurusan menguruskannya. Sebagai pemain kami perlu memberikan tumpuan kepada setiap perlawanan dan bersikap profesional,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Semalam, akhbar melaporkan pemain Kelantan tidak dibayar gaji selama tiga bulan sejak November hingga Januari lepas.

Pada perlawanan malam tadi, Kedah menang tipis 1-0 ke atas Kelantan selepas jaringan tunggal kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81 menerusi sepakan penalti cukup untuk skuad Helang Merah meraih tiga mata berharga.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata kehilangan dua penyerang import iaitu Mohammed Ghaddar yang tidak dapat diturunkan akibat cedera nyata memberi kesan kepada perancangan awal pasukan itu.


“Selain itu, penyerang import iaitu Alessandro Padovani Celin yang dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-28 turut memberi kesan kepada posisi terbabit.

“Saya terpaksa menggunakan penyerang muda tempatan iaitu Muhammad Danial Ashraf Abdullah walaupun pemain ini kurang pengalaman,” katanya. – BERNAMA

Kategori