Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat MAS Ke Colombo...

PETALING JAYA - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan ke Colombo, Sri...

Hargai Rakyat Malaysia Tak...

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri melahirkan penghargaan...

SPR Terima Notis Kekosongan...

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan...

Pelawak Charlie Murphy Meninggal...

PELAWAK Charlie Murphy, 57, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat leukemia pada Rabu...

Turki Tarik Balik Larangan Hijab Tentera Wanita

ANKARA – Tentera Turki mula menarik balik larangan bersejarah mengenai pemakaian tudung ketika bertugas terhadap anggota wanita, menurut agensi berita tempatan Anadolu pada Rabu.

Langkah julung kali tersebut sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah pada 1922, diarahkan Kementerian Pertahanan melibatkan staf wanita yang berkhidmat di peringkat ibu pejabat dan markas pusat arahan serta kakitangan awam.

Menurut polisi pembaharuan itu, wanita diizinkan memakai tudung di bawah topi atau beret selagi ia mempunyai warna yang sama seperti pakaian seragam dan mesti tidak menutup wajah untuk memudahkan pengecaman.

Peraturan terkini itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja diwartakan secara rasmi. Namun, tidak jelas sama ada pembaharuan itu membabitkan wanita dalam misi tempur. Bagaimanapun, ia turut merangkumi kadet wanita.

Tentera Turki keseluruhannya memiliki sejumlah 640,000 anggota aktif termasuk penjawat awam dan hampir 400,000 anggota simpanan kerahan, namun bilangan staf wanita dianggarkan hanya kurang 10 peratus.

Turki Tarik Balik Larangan Hijab Tentera Wanita

Pasukan tentera wanita di negara-negara Islam sebahagian besarnya membenarkan pemakaian hijab atas sebab tuntutan agama Islam selagi tidak menjejaskan pergerakan tubuh badan terutama ketika berperang.


Amalan sama turut dilaksanakan di beberapa negara Barat yang membenarkan askar wanita Muslim mengenakan tudung di kepala ketika sedang bertugas susulan pengaruh luas fesyen busana Islam akhir-akhir ini.

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang berlandaskan Islam serta diasaskan bersama oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sudah lama menggesa penghapusan larangan berkenaan ke atas wanita yang bertudung.

Tahun lalu, beliau mengarahkan larangan berhijab untuk anggota wanita dalam pasukan polis kebangsaan ditarik balik sejajar dengan langkah sama diamalkan semua negara di dunia atas pertimbangan faktor agama.

Pemerintah Turki turut memansuhkan larangan undang-undang sekular bagi pelajar wanita yang memakai tudung atau hijab, di kampus-kampus universiti bermula pada 2010 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori