Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasangan Suami Isteri Tak...

AMPANG : Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya hingga menyebabkan...

Penganjur Konsert Perlu Diingatkan...

PUTRAJAYA - Pihak yang bertanggungjawab memberikan kelulusan untuk mana-mana konsert perlu sentiasa mengingatkan...

Pendikir Tersohor Megat Nordin...

KOTA BHARU - Pendikir tersohor Kelantan, Megat Nordin atau nama sebenarnya Nor Din...

Amalan LGBT Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Amalan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) tidak boleh dipersetujui...

UMNO Kedah Sedia Bekerjasama Dengan PAS

ALOR SETAR – UMNO Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan PAS di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.

“Kerjasama yang terjalin seperti dalam  misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil UMNO dan PAS dalam misi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan UMNO Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkataa pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada k wasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk anggota Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.


“Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori