Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Data Vaksin Sinovac Akan...

PUTRAJAYA - Semua perolehan vaksin ke dalam negara ini tertakluk kepada kelulusan Bahagian...

Gunung Berapi PNG Mula...

SYDNEY - Salah satu gunung berapi paling aktif di Papua New Guinea mula...

Pekerja Kilang Maut Dihempap...

IPOH - Seorang warga Bangladesh maut manakala dua rakannya cedera dengan seorang daripadanya...

Kolej Komuniti Setanding Universiti...

PUTRAJAYA - Kolej Komuniti bukan lagi institusi pengajian tinggi alternatif tetapi merupakan institusi...

“Ungku Hariz Mampu Sara Saya” – Jihan Muse

KUALA LUMPUR – Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelawak dan pengacara Jihan Muse menolak pandangan segelintir pihak kononnya dia terpaksa menanggung kehidupan suami yang juga pelakon, Ungku Hariz.

Tegas Jihan, 34, orang luar tidak layak mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami melainkan dirinya sendiri.

“Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup.

“Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

"Ungku Hariz Mampu Sara Saya" - Jihan Muse
Jihan dan Ungku Hariz ketika bercuti ke Itali baru-baru ini. – Foto ihsan Instagram Jihan

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa ditemui selepas majlis pelancaran program bual bicara Jihan Show kendaliannya yang akan ditayangkan di Astro Warna bermula 2 Mac ini.

Dia dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.

Tambah Jihan, dia juga tidak bersetuju jika pihak luar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan pendapatan mereka.

Ia disebabkan Jihan kelihatan lebih banyak menonjol dalam bidang lakonan dan pengacaraan berbanding suaminya itu.

“Rezeki siapa yang lebih… itu hal masing-masinglah,” katanya.


Jelas Jihan lagi, sebagai isteri yang bekerjaya, dia juga mempunyai tanggugjawab untuk tidak menyusahkan pasangan dengan pelbagai permintaan yang tidak munasabah.

“Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear.

“Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri,” katanya.

Sementara itu bercerita mengenai perancangan keluarga, Jihan memberitahu bahawa dia sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata.

“Saya tidak merancang, tapi kami menunggu rezeki untuk dikurniakan anak. Saya tak kisah bila-bila pun,” katanya. – mStar Online

Kategori