Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Alumni UniMAP Disaran Kembali...

KANGAR - Para alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disaran agar kembali berbakti kepada...

Projek Jalan Murni Beri...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu walaupun pembinaan jalan menerusi...

Warga Emas Rentung Dalam...

TANAH MERAH - Seorang warga emas rentung dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah...

22 Maut Letupan Berhampiran...

BEIJING - Letupan berhampiran loji kimia di utara wilayah Hebei, China membunuh sekurang-kurangnya...

Untung Sebelum Cukai Pos Malaysia Naik 2 Kali Ganda

KUALA LUMPUR – Keuntungan sebelum cukai Pos Malaysia Bhd. pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2016 naik hampir dua kali ganda kepada RM52.74 juta berbanding RM29.6 juta dalam suku yang sama pada 2015.

Pendapatannya meningkat kepada RM635.72 juta pada suku di bawah kajian berbanding RM494.63 juta sebelum ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pos Malaysia berkata, prestasi lebih baik itu disebabkan sumbangan lebih tinggi daripada perniagaan kurier yang dipacu pertambahan permintaan daripada e-dagang.

“Segmen itu mencatat pendapatan RM188.5 juta berbanding RM143.3 juta pada suku ketiga 2015,” katanya.

Selain itu, keputusan lebih baik syarikat itu juga disebabkan segmen logistik yang menyumbang RM169.3 juta, berikutan pengambilalihan Pos Aviation Sdn. Bhd, katanya.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, syarikat itu akan bersedia untuk e-dagang sepenuhnya menjelang pertengahan 2017, di mana ia akan mampu menawarkan khidmat pembayaran tunai ketika serahan atau kad kredit ketika serahan, perkhidmatan gudang serta pilih dan bungkus.

“Kami akan terus memacu inovasi dalam industri e-dagang dengan menawarkan penyelesaian berorientasikan pasaran untuk manfaat peniaga dan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Kategori