Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nahas Kereta ‘Paling Mahal’...

BEIJING - Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg...

Sah! Fattah Amin Bakal...

MESKIPUN mendapat tentangan hebat ramai peminat K-Drama, ternyata rezeki menyebelahi Fattah Amin kerana...

Sokongan Serikandi Bantu Kukuhkan...

KUALA TERENGGANU - Isteri wakil-wakil rakyat Terengganu disaran meneruskan kecemerlangan khidmat bakti mereka...

Agong, Permaisuri Berkenan Emolumen...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Usahawan Kraf Perlu Gerak Seiring Perubahan Teknologi

KUALA LUMPUR – Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk bergerak seiringan dengan perubahan teknologi terkini termasuk menjalankan perniagaan dalam talian, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata pendekatan baharu seperti perniagaan dalam talian atau E-commerce mampu membuka peluang perniagaan tanpa sempadan dengan kelebihan kos pengendalian murah dan sasaran pelanggan lebih luas.

“Transaksi sebegini boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan boleh beroperasi 24 jam dan 7 hari seminggu,” katanya ketika merasmikan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata selain itu, kerjasama bersepadu antara Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan syarikat-syarikat pemasaran dalam talian perlu diadakan secara lebih meluas bagi membolehkan usahawan tempatan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan peluang perniagaan.

“Dalam konteks ini, kursus dan latihan berkaitan haruslah diadakan kepada usahawan yang berminat,” katanya.

Rosmah juga menggalakkan usahawan wanita yang kini mendominasi 70 peratus daripada industri kraf negara untuk meningkatkan perniagaan masing-masing dan membuktikan industri itu mampu menjana pendapatan lumayan.


“Tidak dinafikan kreativiti dan kehalusan seni biasanya berhubung kait dengan naluri wanita, namun kebanyakan usahawan wanita masih melakukan perniagaan di peringkat kecil-kecilan.

“Mereka menganggap ia hanya sekadar kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga dan bukanlah satu kerjaya yang boleh dikomersialkan. Hakikatnya ia mempunyai potensi menjana pendapatan besar.

“Oleh itu, mereka perlu keluar daripada kepompong pemikiran sedemikian dan melihat kerjaya mereka dari perspektif yang luas dan cuba menerokai peluang sedia ada untuk meningkatkan perniagaan mereka,” katanya.

HKK 2017, yang dibuka kepada orang ramai bermula 22 Feb hingga 6 Mac, menampilkan aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran 28 koleksi pakaian Rosmah yang terdiri daripada kraf batik dan songket, jualan kraf, demonstrasi kuih tradisional dan persembahan kesenian. – BERNAMA

Kategori