JARANG sekali kita dapat berjumpa dengan orang Melayu boleh berbahasa asing dengan fasih, tetapi berlainan pula dengan seorang pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.
Ini kerana, dia bukan sahaja fasih dalam bahasa Korea, malah mampu bertutur dengan begitu baik sekali!
Muhamad Khalid Ismail, 29; atau nama penanya menerusi laman sosial, Carl Lead mula menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam sebuah rancangan televisyen terkenal di Korea Selatan, Abnormal Summit.
Ia memaparkan sekumpulan peserta asing bercerita mengenai keunikan negara masing-masing dalam bahasa Korea termasuk isu budaya dan makanan sambil bertukar-tukar kisah pengalaman menarik mereka sendiri.
Hampir 10 tahun menetap di bumi Korea, anda pasti terkesima dengan cara pemuda Pantai Timur ini berkongsikan banyak perkara hebat mengenai Malaysia lancar dalam bahasa negara ‘kimchi’ dan K-Pop tersebut.
Tak percaya? Anda tengoklah sendiri. – MYNEWSHUB.CC