Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

MISC Bentang Rancangan Pembangunan...

SERDANG - Majlis Sukan India Malaysia (MISC) sedang menyiapkan kertas cadangan berkenaan pelan...

Tiada Keperluan Pinda Akta...

KUALA LUMPUR - Tidak ada sebarang keperluan untuk meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Wanita Saudi Dibenarkan Sertai...

RIYADH - Buat pertama kalinya, wanita Saudi dibenarkan membuat permohonan untuk menyertai tentera...

Rundingan Hamas – Fatah...

Wakil Fatah dan Hamas baru-baru ini datang ke Beijing untuk mengadakan rundingan secara...

Wan Shades Tarik Balik Saman Terhadap Rotikaya

Pada 31 Mac tahun lepas, Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 44, memfailkan saman fitnah terhadap Nor Hamzie Md Hambali, 32, dengan mendakwa pada 20 Februari 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog itu yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Peguam Mohamad Lokman Abd Rahman yang mewakili defendan (Nor Hamzie) memberitahu media bahawa plaintif (Mohamad Faizal) menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.

Katanya,Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik saman itu atas alasan ia melibatkan isu undang-undang.

Beliau berkata demikian selepas kes itu disebut di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam Nik Farhan Nik Mohd Tahir bertindak bagi pihak plaintif yang turut mengesahkan perkara itu.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan dalam artikel itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna Internet.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri dan juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa di mahkamah berhubung kejadian rogol. – BERNAMA

 

Kategori