Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Adib Cedera Bukan Akibat...

SHAH ALAM - Pakar forensik, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi berkata, kecederaan anggota bomba,...

Bendahari PAS Gunting Dalam...

KUALA LUMPUR - DAP menganggap Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim ibarat gunting...

Netizen ‘Ketawakan’ Polis Bila...

SUDAH menjadi tugas kebiasaan polis mengeluarkan denda kepada mana-mana pengguna yang buat salah,...

Remaja Bunuh Diri Selepas...

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun membunuh diri menggunakan senapang milik bapanya selepas...

Wanita Bawa Alat Sulit Binatang Untuk Cari Jodoh

TERDESAK? Banyak persoalan yang berlegar di kepala apabila memikirkan kesanggupan seorang wanita bujang, Kim Min-Kyeong yang sanggup membawa alat sulit rubah betina yang telah dikeringkan ke dalam beg tangannya semata-mata kerana mahu mendapatkan jodoh.

Ia tentunya pelik tetapi Kim yang berasa dari Korea Selatan ini sanggup membayar sebanyak RM1,330 bagi mendapatkan alat sulit kering binatang terbabit.

Rubah adalah binatang liar mirip anjing yang mempunyai berbentuk segitiga yang besar dan tegak serta memiliki ekor yang lebat.

Berdasarkan cerita rakyat di Korea, haiwan berkenaan mempunyai kuasa untuk menarik dan menipu manusia.

“Haiwan ini bijak dan boleh menerima apa jua keadaan,” katanya.


Jelas Kim, dia membeli alat sulit itu kerana selepas berusia 35 tahun, dia digelar sebagai ‘Gold Miss’ atau usia senja kerana belum berkahwin dan dimaklumkan oleh penjual alat sulit rubah itu bahawa organ kering berkenaan mempunyai kuasa untuk menarik perhatian lelaki.

Kim, yang menguruskan syarikat import daging babi telah mengadakan janji temu namun belum membuahkan hasil.

“Saya diminta supaya tidak mengalihkan alat sulit berkenaan ke tempat lain atau ia akan hilang kekuatannya. Saya telah melalui masa sukar dan mahu mempercayainya,” katanya yang masih belum mempunyai teman lelaki sehingga kini. – MYNEWSHUB

Kategori