Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

RTS Dilanjut 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan lanjutan enam bulan bagi Projek...

59% Rakyat Pendapatan Rendah...

SHAH ALAM - Kira-kira 59 peratus rakyat berpendapatan rendah di Malaysia menyokong pembentukan...

Hentikan Amalan Budaya ‘Curi...

KANGAR – Budaya 'mencuri masa' bekerja untuk melakukan urusan selain daripada tugasan rasmi...

Rumah Mewah KimK Dirompak,...

SELEBRITI antarabangsa, Kim Kardashian berdepan dengan detik cemas apabila diacukan dengan sepucuk pistol...

Wanita ‘Bersisik’ Menang Gelaran Ratu Cantik

SEORANG wanita yang menghidap penyakit lamellar ichthyosis iaitu keadaan di mana kulitnya bersisik dan merekah hinggakan menjadi bahan buli, akhirnya membuktikan dia boleh berjaya memegang beberapa gelaran ratu cantik.

Bailey Pretak, 30, dari Wilcox, Pennsylvania berjaya merangkul gelaran Miss Pennsylvania, Ultimate Queen dan Miss Congeniality.

Dengan penyakit yang dialaminya itu, Bailey terpaksa membasahkan dan melembabkan muka dan badannya, jika tidak kulitnya akan merekah dan menyebabkan kesakitan kepadanya.

Ketika menceritakan mengenai dirinya, Bailey berkata dia sering diejek ketika kecil dan digelar `Bailey bersisik’ dan dijauhi oleh kanak-kanak yang lain. Namun tidak lama kemudian, Bailey mula keluar dari kepompong dan menyertai aktiviti menyanyi serta menari.

Wanita 'Bersisik' Menang Gelaran Ratu Cantik

Dia mula menyertai pertandingan ratu cantik sejak dua tahun lalu dan kini menggunakan gelaran berkenaan untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit tersebut dan mengutip sumbangan bagi tujuan penyelidikan.

“Ketika kecil saya rasa terpinggir kerana orang takut dengan kulit saya. Saya diberikan pelbagai gelaran dan selepas memenangi pertandingan ratu cantik, saya menukar diri kepada seorang yang pemalu kepada model pentas,” katanya yang bekerja sebagai kerani bank.


Menyentuh mengenai penyakitnya, Bailey memberitahu jika dia terlupa memakai losyen maka kulitnya akan merekah.

“Musim panas lebih mudah kerana kulit saya berpeluh dan kulit saya kelihatan lebih baik tetapi pada musim sejuk, rekahan sering berlaku di tangan dan kaki saya,” katanya.

Untuk menghadapi ketidakyakinan terhadap dirinya, Bailey telah menyertai kelas lakonan dan dia kini menjadi seorang pelakon. – MYNEWSHUB.CC

Kategori