Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Berhimpun Depan...

PUTRAJAYA - Lebih 1,000 pemandu teksi di bawah Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa,...

PEJUANG Tawar Kerajaan Penyayang...

KUALA LUMPUR : Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menawarkan sebuah kerajaan penyayang, yang...

Kedah Tukar Sistem Paip...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan menukar sistem paip air yang sudah lama...

AS Perlahankan Pengunduran Tentera...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin meluluskan permintaan Afghanistan untuk...

Wanita MCA Mahu Malaysia Dakwa Kali Kedua Pesalah Seks

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan pesalah laku seks berhadapan dengan tuduhan dan sabitan yang sama di tanah air, walaupun sudah menjalani hukuman di luar negara, kata Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

Beliau berkata amalan itu telah pun dikuatkuasakan di beberapa negara termasuk Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Jika tidak, bagaimana tuduhan disabitkan ke atas pedofil Richard Huckle, atas jenayah berkait penderaan seks kanak-kanak di Malaysia, tetapi mahkamah British yang mensabitkan kesalahannya dan menjatuhi 22 hukuman penjara seumur hidup?” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Heng merujuk kepada penghantaran pulang Selva Kumar Subbiah, perogol bersiri yang telah disabitkan kesalahan, dari Kanada.

Beliau berkata Wanita MCA mengambil maklum jaminan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan sentiasa memantau pergerakan Subbiah.

Dari segi undang-undang, tiada peraturan untuk menyekat pergerakan Subbiah.


Heng berkata sebagai tambahan kepada pendakwaan dan sabitan kali kedua, sayap wanita itu turut mencadangkan supaya undang-undang digubal untuk tidak membenarkan pesalah seks, termasuk yang disabitkan kesalahan merogol, mencabul dan pedofil, daripada berada di dalam premis yang sama dengan kanak-kanak bawah umur, serta mengekalkan jarak minimum daripada budak perempuan, budak lelaki dan mangsa bawah umur, sebaik dibebaskan dari penjara.

“Pengecualian mungkin boleh dibuat berdasarkan beberapa keadaan dengan pesalah laku seks ditemani pegawai yang dilantik pihak berkuasa, dan mereka perlu dipaksa supaya memakai alat pengesan bagi memantau pergerakan mereka,” katanya.

Beliau berkata Wanita MCA menegaskan bahawa ‘sexual grooming’ (melatih mangsa untuk aktiviti seksual) merupakan perbuatan jenayah dan mencadangkan agar kursus diadakan di sekolah bagi mendidik pelajar mengenai perkara itu. – BERNAMA

Kategori