Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MBJB Benar Guna Dewan...

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membenarkan dewan, premis atau mana-mana kemudahan...

PRU-15 Lebih Awal Jika...

KOTA BELUD - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Pilihan Raya Umum...

Hampir 90 Peratus Daerah...

KUALA LUMPUR - Penularan COVID-19 di Malaysia terus berada pada tahap membimbangkan apabila...

Final Piala Malaysia: Padang...

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang...

Wanita Sanggup Bawa Anak Untuk Lepas Gian

LUMUT – Seorang wanita sanggup membawa anak lelakinya berusia 11 tahun ke tempat dia melepaskan gian sebelum ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung di sini, hari ini.

Wanita berumur 32 tahun terbabit merupakan antara sembilan individu ditahan AADK dalam Ops Cegah dan Ops Gelora yang bermula 9 pagi hingga 3 petang tadi, di sekitar Teluk Muroh dan Lekir dekat sini.

Ketua Pegawai AADK Manjung, Sharuddin Abd Salam berkata kesemua individu berkenaan yang berumur antara 18 dan 49 tahun, sedang menghisap dadah semasa ditangkap dan cuba melarikan diri, namun gagal.

Beliau berkata wanita berkenaan ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Teluk Muroh kira-kira 10 pagi bersama tujuh individu lain, setelah mendapati berlaku aktiviti keluar masuk yang aktif di rumah berkenaan.

“Seorang wanita turut membawa anak lelakinya berumur 11 tahun ke rumah tersebut dan kita mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kelaparan kerana tidak makan selama dua hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sharuddin berkata hasil ujian air kencing mendapati kesemua individu terbabit positif pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine, ganja dan morfin.


Sementara itu, seorang lelaki berumur 27 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Lekir dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan heroin.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan serbuan dengan lebih kerap selaras dengan operasi perangi dadah habis-habisan di sekitar daerah Manjung.

Enam individu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983; dua mengikut Seksyen 6 (3) APD 1983 dan seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 8(3)(a) APD 1983 untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori