MENJIJIKKAN, dalam bas pun boleh jadi tempat untuk melepaskan hajat. Ini yang dialami oleh penumpang di dalam sebuah bas di Hong Kong apabila seorang wanita tanpa rasa malu telah berak di dalam bas itu.
Dia yang duduk di kerusi depan telah melondehkan seluar sebelum menonggek dan kemudian berak di ruang tengah bas.
Penumpang di dalam bas tersebut kemudiannya menjerit kerana jelik dan jijik dengan perangainya.
Video rakaman itu telah dimuatnaik dalam LiveLeak.com dan YouTube serta ditonton lebih beratus ribu kali.
Walaupun ketika aksinya yang memalukan itu dirakamkan, namun wanita kelihatan selamba sahaja. – Mynewshub.cc