Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lapan Daerah Zon Jingga...

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu berhasil...

Kim Jong-un Mahu Amankan...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian...

MAHB Menang Anugerah Pemasaran...

CEMERLANG... Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk...

Tumpat, Yan Antara 28...

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengenalpasti 28 daerah miskin di negara ini yang...

Wanita Terperangkap Dalam Tub Mandi Kerana Minyak

MINYAK kelapa mempunyai banyak kegunaannya dan salah satu daripadanya boleh digunakan dalam tub mandi. Namun elakkan diri anda daripada menjadi seperti wanita ini yang hanya dikenali sebagai Denshan.

Dia yang berasal dari Australia telah menggunakan minyak kelapa yang dimasukkan ke dalam tub mandi sebagai bahan untuk merehatkan badan selepas mengalami demam.

Malangnya selepas selesai mandi dan apabila air di dalam tub telah dikeringkan, Denshan tidak boleh bangun akibat licin kerana badannya disaluti dengan minyak kelapa itu.

“Saya mengambil ubat demam dan mahu berehat ketika mandi, jadi saya menggunakan garam mandian dan minyak kelapa. Tetapi apabila air dalam tub dikeringkan, saya tidak boleh bangun.

“Badan saya seperti tiada grip dan tergelincir setiap kali mahu bangun. Hanya saya dan badan saya yang gemuk ini diseliputi dengan minyak. Tak guna punya bahan kecantikan buatan sendiri. SOS,’’ demikian tulisnya dalam Imgur.


Selepas 30 minit berada di dalam tub mandi dan tidak boleh bangun, akhirnya Denshen terpaksa mandi sekali lagi dan menggunakan sabun untuk membersihkan badannya.

Kisahnya itu menjadi bahan lawak dalam media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori