Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Selepas 20 Hari, Kebakaran...

NIBONG TEBAL: Selepas 20 hari bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau...

Peminat Kecewa Lagu Ernie...

KUALA LUMPUR - Ramai peminat Ernie Zakri kecewa apabila lagu penyanyi terbabit, Misteri,...

SKMM Keluar Notis Arah...

CYBERJAYA - Jika sebelum ini sebuah portal berita propembangkang terkenal menyebarkan artikel kononnya...

Merisaukan.. Semakin Ramai Atlet...

Kancah sukan Malaysia nampaknya masih belum surut daripada isu pengambilan bahan terlarang atau...

Wow! Nenek 94 Tahun Kekal Sihat, Mahir Berkung Fu

SEORANG warga emas berusia 94 tahun berasal dari Ninghai, wilayah Zhejiang, China sensasi di laman sesawang kerana kemahiran seni mempertahankan diri yang dimilikinya.

Zhang Hexian sudah mengamalkan seni mempertahankan diri yang dipelajarinya sejak berusia empat tahun daripada ayahnya.

Malah Hexian juga mendapat jolokan sebagai ‘Si Nenek Kung Fu’ oleh warga Internet.

“Pada masa itu bapa saya yang menidurkan saya. Apabila kami bangun pada waktu pagi, kami mula berlatih kung fu di atas katil,” katanya.

Wow! Nenek 94 Tahun Kekal Sihat, Mahir Berkung Fu

Sejak dari itu, Hexian akan bangun sekitar jam 5 pagi untuk berlatih kung fu dan ia telah menjadi rutin harian dalam kehidupannya, selain menjadikan tubuh badannya sihat dan segar.

Seni mempertahankan diri itu bukan sahaja mengekalkan kesihatan tubuh badannya malah membawa kepada alam percintaannya.

Ketika berusia 14 tahun, Hexian bertemu jejaka bernama Feng Yongkai iaitu salah seorang daripada anak murid ayahnya.

Mereka bersama-sama berlatih kung fu di atas bukit sebelum saling jatuh cinta dan berkahwin.


Wow! Nenek 94 Tahun Kekal Sihat, Mahir Berkung Fu

Berlatih kung fu sudah menjadi salah satu tradisi dalam keluarga Hexian di mana dia turut mengajar seni mempertahankan diri itu kepada anak-anak dan cucu cicitnya serta golongan muda supaya ianya dapat diwarisi turun temurun.

Anak Hexian, Feng Chuanyin juga mendedahkan ibunya tidak pernah pergi mendapatkan rawatan di hospital berikutan gaya hidup sihat yang diterapkannya sejak lebih sembilan dekad lalu.

“Ibu saya tidak pernah ke hospital dan akan pulih daripada selesema selepas bangun dari tidur.

“Dia tidak pernah mengambil produk kesihatan seperti vitamin atau makanan tambahan,” kata anak lelakinya itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori