Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MDKL Ambil Tindakan Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang masih belum membayar kompaun kesalahan tempat letak...

UMNO, BN Perlu Menang...

JOHOR BAHRU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menang besar pada Pilihan...

Harimau Bintang Terlepas Dari...

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan...

Kapal Selam Nuklear AS...

TAMPA: Sebuah kapal selam kelas Ohio milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tiba...

Warga Emas Maut Kemalangan Di Jalan Ipoh-Lumut

BATU GAJAH – Seorang warga emas maut dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Km 12 Jalan Ipoh-Lumut di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, penunggang motosikal Chong Siew Moy@Chong Siew Moi, 71, maut di tempat kejadian selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah kereta jenis Perodua Kancil melanggar sebuah kereta jenis Proton Saga FLX dari belakang.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta Proton Saga tersebut bergesel dengan motosikal yang ditunggang mangsa mengakibatkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan mengalami cedera parah di kepala,” katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya sebuah lori membawa muatan ayam yang datang dari arah belakang kemudian melanggar dan mengheret kereta Perodua Kancil tersebut yang berada di lorong kiri hingga ke lorong tengah.


Bagaimanapun kesemua pemandu yang terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1941, katanya. – BERNAMA

Kategori