Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

3,000 Baju Merah Tawan...

GEORGE TOWN - Ketika puluhan aktivis Bersih 5 berarak lesu buat kecoh di...

Ratusan Pegawai Kastam Mendakwa...

Kuala Lumpur: Ratusan pegawai rendah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendakwa menjadi mangsa...

Hukuman Lebih Berat Ibu...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 yang dibentangkan di Dewan Rakyat...

Istana Berkecuali Dalam Politik...

KANGAR - Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

KUCHING – Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi N.3 Tanjong Datu, Puan Sri Jamilah Anu.

Terbaharu, bekas raja pecut negara, Watson Nyambek turut muncul mengunjungi Jamilah atau lebih mesra dipanggil Kak Milah di Damai Jaya, Santubong dekat sini, menurut laporan portal berita tempatan Sarawakiana.

Semasa kunjungan tidak dijadualkan tersebut, Kak Milah turut memberikan pakaian yang selalu digunakan oleh allahyarham suaminya, Tan Sri Adenan Satem ketika pernah bertugas sebagai ketua menteri kepada Watson.

Difahamkan baju tersebut akan digunakan oleh Watson sendiri di sekitar Lundu sepanjang petang Sabtu ini untuk membantu kempen Kak Milah yang tidak dapat bertemu penduduk kerana masih lagi dalam tempoh edah.

Menurut Watson, 40, allahyarham Tok Nan terlalu banyak membantu dirinya ketika dihimpit masalah kewangan besar selepas pernah diisytiharkan sebagai muflis akibat berhutang dengan pihak Bank Islam pada tahun lalu.

Malah kesulitan pemegang rekod pecut 100 meter negara selama 17 tahun itu untuk mendapatkan sebuah rumah teres sendiri kerana terpaksa menyewa kediaman di Miri turut diselesaikan oleh Adenan semasa hayatnya.

Adenan Satem ketika bertemu Watson Nyambek tahun lalu. – Gambar arkib

Watson diisytiharkan muflis oleh mahkamah setelah dia gagal menjelaskan hutang sebanyak RM80,000 daripada bank tersebut yang dipinjamkan untuk membayar bil perubatan mendiang bapanya yang menghidap barah telinga.


Kes yang membelenggu The Flying Dayak itu akhirnya selesai apabila Adenan menyerahkan bantuan kerajaan negeri untuk membayar hutang tersebut bahkan menghadiahkan sebuah rumah bernilai RM350,000 untuknya.

Watson berkata, dia sanggup memandu sejauh 807 kilometer selama 12 jam semata-mata untuk bertemu Jamilah dan mengadakan kempen untuk calon BN itu sebagai membalas jasa arwah Adenan yang pernah membantunya.

PRK Tanjong Datu pada 18 Februari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara wakil BN ditentang calon Parti Reformasi Negeri (Star), Johnny Aput dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit.

Kerusi Tanjong Datu kosong berikutan Adenan meninggal dunia pada 11 Januari lepas. Ketika Pilihan Raya Negeri Ke-11 tahun lalu, allahyarham mempertahankan kerusi itu dengan kemenangan selesa, majoriti 6,360 undi. – HAA

Kategori