APPLIKASI perbualan WhatsApp menerusi kemas kini terbaharu membolehkan para penggunanya untuk berkongsi status menerusi kemudahan tersebut.
Ciri WhatsApp baharu ini berfungsi sama seperti aplikasi Snapchat dan IG Story yang sebelum ini telah diperkenalkan terlebih dahulu.
Menerusi kemudahan yang baharu diperkenalkan itu, para pengguna dapat memuat naik dan berkongsi video dan foto kepada kenalan (contact) namun ia akan hilang selepas 24 jam dimuat naik.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini, dan ikon WhatsApp Status akan dipaparkan sebaris dengan ciri yang sedia ada.
Namun bagi para pengguna yang baru pertama kali mengakses kepada ciri baharu itu, anda bolehlah ke ruangan ‘Privacy’ yang terdapat pada bahagian atas untuk menetapkan tetapan privasi WhatsApp Status anda.
Manakala untuk berkongsi status dengan kenalan pula, anda hanya perlu menekan simbol seperti di bawah dan ianya secara automatik akan mengakses kamera anda.
Apabila berada di dalam mode tersebut, akan akan diberi pilihan sama ada untuk merekod video atau memilih foto atau video yang sedia ada di dalam memori telefon anda.
Setiap status yang dikongsi disertakan juga dengan ruangan ‘balas (reply)‘ untuk membolehkan pengguna membuat balasan pada sesuatu status yang dimuat naik dan ia akan dibalas melalui kotak sembang di WhatsApp.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, mungkin boleh mengemaskini aplikasi tersebut dan mencubanya. – MYNEWSHUB.CC