Friday, January 3, 2025

Creating liberating content

Jerebu: Shah Alam Catat...

KUALA LUMPUR - Shah Alam mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya itu...

Pengembara Sesat 47 Hari...

KATHMANDU - Seorang lelaki Taiwan yang sesat di sebuah gunung di Nepal selama...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan...

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun...

Korea Utara Letupkan Resort...

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung...

White House Halang Beberapa Media Buat Liputan

WASHINGTON: White House menghalang beberapa organisasi berita Amerika Syarikat (AS), daripada menyertai taklimat setiausaha media pada Jumaat, ujar wakil orgnaisasi tersebut, lapor Reuters.

Antara kru media yang dihalang daripada membuat liputan taklimat Sean Spicer itu adalah dari CNN, The New York Times, Politico, The Los Angeles Times dan BuzzFeed.Taklimat tanpa kamera Spicer itu menggantikan taklimat harian yang lazimnya disiarkan di stesen televisyen. Sebab halangan tersebut dibuat bagaimanapun tidak dinyatakan, sekali gus mencetuslkan bantahan.

Reuters pula dibenarkan masuk ke sidang media itu bersama kira-kira 10 organisasi berita lain seperti Bloomberg dan CBS.

Spicer berkata, pasukannya mengambil keputusan untuk membuat taklimat media yang lebih ‘ringkas’ sebegitu berbanding lokasi biasa di dewan taklimat White House yang lebih besar.

“Tugas kami adalah untuk bersifat responsif kepada media. Kami mahu memastikan bahawa kami menjawab soalan anda, namun kami tidak perlukan semuanya dirakam kamera setiap hari,” ujarnya.

Wartawan Associated Press dan majalah Time bertindak meninggalkan sesi taklimat selepas mendapat tahu ada media lain yang dihalang daripada menyertainya.


Bagaimanapun, sesi tanpa kamera bukan sesuatu yang luar biasa. White House biasa menjemput organisasi media terpilih untuk taklimat tertentu, dan untuk topik-topik tertentu, namun boleh dikatakan ini kali pertama bagi sesi terbuka.

Sejak berkempen dan kini memegang tampuk pentadbiran, Presiden Donald Trump sering dilihat ‘menyerang’ pihak media. Sebelum ini, dalam satu perhimpunan aktivis konservatif, Trump mengkritik organisasi media yang didakwa menyiarkan ‘berita palsu’, selain menggelarkan media tersebut sebagai ‘musuh rakyat Amerika’. – Astro Awani

Kategori