Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tarikh Melihat Anak Bulan...

KUALA LUMPUR - Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis,...

‘Saya Mahu Pogba Keluar...

EJEN Paul Pogba sedang berusaha untuk membuat perjanjian buat bintang Manchester United itu...

Maaf Tangan Melecur, Tak...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan dukacita tidak...

Neelofa Ke Pentas Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau...

“Wish Me Luck” Kata-Kata Akhir Sebelum Terkorban

SEORANG model dari Indonesia, Endah Cakrawati, 30, sempat memuatnaik video dalam instagramnya beberapa minit sebelum pesawat ringan yang dinaiki bersama kekasihnya, Peter Lynch, 52, terjunam ke dalam sungai Swan di Perth dan mengorbankan kedua-duanya.

“Wish me luck,” merupakan kata-kata akhir Endah sebelum meninggal dunia.

'Wish Me Luck' Kata-Kata Akhir Sebelum Terkorban

Klip video itu memaparkan persediaan dia dan Peter di dalam pesawat tersebut sebelum mereka mengambil bahagian dalam pertunjukan udara sempena Hari Australia.

Malangnya tidak lama selepas memuat klip berkenaan, pesawat ringan tersebut telah terhempas di hadapan 60,000 penonton.


Endah, merupakan pengurus pelaburan di Cokal, iaitu syarikat perlombongan yang ditubuhkan oleh Peter, pada 2009. Syarikat berkenaan juga mempunyai cawangan di Jakarta, Tanzania dan Mozambique.

Dia berkhidmat sejak tiga tahun lalu di pejabat cawangan di Jakarta sementara Peter pula baru berpisah dengan isterinya, Laura. – MYNEWSHUB.CC

Kategori