KUMPULAN boy band dari Korea Selatan; Bangtan Sonyeondan (BTS) menerusi muzik video Blood, Sweat and Tears (BST) mencatat rekod baharu apabila ditonton lebih 100 juta menerusi laman Youtube pada Isnin lalu.
Muzik video kumpulan K-pop itu malahan menjadi yang kedua terpantas mendapat sambutan hangat daripada peminat K-pop seluruh dunia apabila dilancarkan kurang daripada 134 hari.
Manakala kumpulan band wanita negara itu Twice menerusi lagu ‘TT’ masih lagi mengungguli tangga teratas selepas pernah mengambil masa selama 71 hari sahaja untuk mencapai rekod tersebut.
Muzik video ‘Blood, Sweat and Tears (BST)’ merupakan single yang ketiga dari kumpulan yang dianggotai oleh tujuh jejaka jambu ini sehingga berjaya memecahkan rekod tersebut.
Terdahulu, muzik video ‘Fire’ dan ‘Dope’ yang masing-masing dilancarkan pada 21 Januari dan 21 Oktober tahun lalu juga pernah berjaya meraih 100 juta tontonan.
Kejayaan muzik video ‘Blood, Sweat and Tears’ itu sekali gus turut memecah rekod peribadi kumpulan tersebut memiliki tiga muzik video yang mencapai 100 juta tontonan di Youtube dalam satu album.
Malah album terbaharu kumpulan ini berjudul Wings: You Never Walk Alone memuatkan single seperti Not Today dan Spring Day dengan masing-masing menerima lebih 11 juta dan 9.5 juta tontonan selepas 24 jam dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: The Star