Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Buat Majlis Perceraian Selepas...

BEIJING – Biasa kita dengar ialah majlis pertunangan dan majlis perkahwinan dibuat secara...

Suami Hilang ‘Selera’, Mak...

JIKA sebelum ini viral video seorang wanita dikenali sebagai Bella yang mengadu secara...

Isu Al Jazeera: 4...

KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil...

Jep Mengamuk Sepahtu Hanya...

MAKIN laku nampaknya pelawak-pelawak tempatan... jika tadi kami kongsikan kisah Shaiful Zero, kali...

Zahid Nafi Ada Menteri Letak Jawatan, Nama Anifah Disebut

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan konon ada menteri kanan letak jawatan sebagai satu pembohongan oleh Menteri Besar Selangor.

“Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan. Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, telah meletak jawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Anifah ada bersama beliau di sini malam tadi sebelum Menteri Luar itu berangkat ke Brussels, Belgium pada Sabtu atas kapasitinya selaku menteri.

“Ertinya Menteri Besar (Selangor) itu cuba bohongi rakyat terhadap (melalui) berita tidak benar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari RELA ke-45 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, di sini hari ini.

Zahid Nafi Ada Menteri Letak Jawatan, Nama Anifah Disebut

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri persekutuan dan negeri serta Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin.

Menurut Ahmad Zahid, malam tadi beliau dan Anifah bersama-sama menghadiri program UMNO Sabah dan gambar beliau bersama Anifah kemudian ditularkan oleh Musa menerusi laman sosial Twitter.


Menteri Dalam Negeri itu juga menjangkakan lebih banyak lagi berita pembohongan akan dibuat seperti yang berlaku pada dua pilihan raya umum lalu.

Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan. – BERNAMA

Kategori