Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Inspektor Polis Didakwa Minta,...

JOHOR BAHARU - Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

10 Sekeluarga Terselamat Kerana...

Ternyata perubahan waktu pada jadual penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang tidak disedari...

V1: Sultan Johor Menang...

PUTRAJAYA - Selepas memperoleh nombor pendaftaran kende­raan F1 iaitu siri baharu Wilayah Persekutuan...

TERKINI: Harga RON95 Dan...

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan bermula 1 Disember 2014 penetapan harga runcit...

10 Rumah Hangus Dalam Kebakaran Di Port Dickson

PORT DICKSON – Sebanyak 10 buah rumah termasuk sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Air Meleleh, di sini, tengah malam tadi.

Difahamkan lapan daripadanya adalah rumah berpenghuni dan dua rumah kosong. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Razif Mohmad Haris berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.28 malam dan tiba bersama 10 anggota kira-kira tiga minit kemudian.

“Kebakaran ini melibatkan sembilan buah rumah jenis separuh kekal dan sebuah rumah kedai dan daripada jumlah itu, lima daripadanya musnah 95 peratus manakala lima lagi sekitar 70 peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, pihaknya dengan bantuan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan Seremban 2 hanya mengambil masa enam minit untuk mengawal api.


Katanya, kerugian dianggarkan berjumlah RM570,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kesemua mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gelam di sini. – BERNAMA

Kategori