Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mangsa Serbuan Ramadan Dibantu

Jakarta - Tindakan pihak berkuasa tempatan di Serang, wilayah Banten, merampas makanan jualan seorang wanita...

RM1 Bilion Kepada Dana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan...

Hukuman Pemandu Degil Di...

SHENZHEN - Polis di bandar ini mempunyai cara unik bagi memberi pengajaran kepada...

Johor Perkenal Sistem Bayar...

JOHOR: Dengan perkembangan dunia teknologi masa ini, beberapa cara telah dikaji untuk memudahkan...

107 Belia Luar Bandar Sertai Program Vokasional

LUNDU – Seramai 107 belia dari kawasan Sebuyau, Sadong Jaya, Serian, Tebedu, Pedawan, Bau dan Lundu menyertai Program Bergerak Transformasi Vokasional Belia yang diadakan dari 11 Mac hingga semalam.

Penutupan program yang diadakan di Kem Bina Negara Sempadi, Lundu itu disempurnakan Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar bersama Setiausaha Tetap Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Kameri Affendi semalam.

Program itu merupakan satu daripada usaha sama strategik pintar Strategi Lautan Biru Kebangsaan negeri Sarawak diterajui kerajaan negeri bersama-sama Tentera Darat Malaysia.

Ia bertujuan meningkatkan taraf kehidupan belia luar bandar dan pedalaman di negeri ini menerusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional agar mereka mampu berdaya saing dalam pasaran pekerjaan dan melebarkan peluang untuk bekerja di sektor ekonomi.


Peserta telah menjalani latihan kemahiran melibatkan sektor pembinaan, penyediaan makanan, kecantikan, gunting rambut serta seni tari.

Hasil daripada latihan, peserta akan menerima ‘kad hijau’ yang melayakkan mereka bekerja dalam sektor pembinaan pada masa hadapan selain ditawarkan untuk menjalani program susulan dalam institusi latihan dengan tajaan sepenuhnya oleh kerajaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Belia

Kategori