Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tenun Pahang Diraja Ilham...

KUALA LUMPUR - Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku...

Lebih 100 Bank Di...

WASHINGTON - Serangan siber sofistikated global menyasarkan lebih 100 bank di 30 negara,...

Buruh Maut Kejadian Tanah...

IPOH - Kejadian tanah runtuh kedua di Cameron Highlands semalam meragut nyawa seorang...

Apakah PM Lupa Umum...

DEBARAN.... Genap dua minggu selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tarikh 23...

120 Pelanggan ‘Cabut’ Tak Bayar Bil RM9,505

MADRID – Sekitar 120 pelanggan tanpa segan silu berjaya melarikan diri daripada sebuah restoran terkenal setelah puas menjamu selera, tanpa membayar baki bil sebanyak 2,000 euro (RM9,505).

Mereka dilaporkan serentak bergegas meninggalkan restoran El Carmen di Bembibre, kira-kira 370 kilometer dari ibu kota Sepanyol, Madrid pada masa sama, sejurus sebelum sajian pencuci mulut yang terakhir dihidangkan.

Antonio Rodriguez, pemilik restoran tersebut berkata, kesemua 120 pelanggan itu bertempiaran lari dengan secepat kilat, sehingga mengakibatkan mereka tidak berjaya dikejar para petugas restoran, menurut stesen penyiaran BBC.

Kumpulan pelanggan tersebut yang datang menjamu selera bersama-sama untuk meraikan satu majlis pembaptisan ketika itu, bagaimanapun sudah membayar wang pendahuluan tempahan sebanyak 770 euro (kira-kira RM3,660).

“Ia berlaku dalam tempoh sekitar seminit. Ia sesuatu yang memang sudah dirancang mereka terlebih dahulu, dan mereka lari bertempiaran seolah-olah insiden ini telah disusun awal,” kata Rodriguez seperti ditukil oleh BBC.

Jurucakap polis Guardia Civil namun memberitahu akhbar tempatan El Pais bahawa setakat ini belum lagi berjaya menghubungi seorangpun pelanggan tersebut, yang dipercayai warga Eropah Timur dan bukan rakyat Sepanyol.


Yang pasti, para pelanggan ‘bertuah’ itu telah puas mengenyangkan perut masing-masing – dengan menikmati hidangan ‘starter’, sajian utama berat serta minum 30 botol pelbagai minuman beralkohol, jelas Rodriguez.

Malah tambah beliau, ini merupakan pertama kali dirinya dapat menyaksikan sendiri insiden sedemikian dalam tempoh 35 tahun bekerja di restoran popular tersebut yang terletak di aras bawah Hotel Carmen, menurut BBC.

Rodriguez sudahpun memberikan perincian tempahan yang dibuat pelanggan berkenaan, namun berkata beliau tidak memasang harapan akan mendapatkan semula baki bil yang belum dibayar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori