Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Australia Tukar Lagi PM...

CANBERRA - Rakyat Australia sekali lagi menyaksikan perubahan kepimpinan negara apabila dapat perdana...

Maritim Malaysia Bantu Bawa...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur malam semalam membantu membawa...

TH Giat Uruskan Visa...

BALING - Tabung Haji (TH) meminta jemaah haji yang menghadapi masalah memperoleh visa supaya tidak...

Mengenali Sultan Pahang Keenam

BERIKUT adalah biodata rasmi Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad...

1,500 Terkandas Di KLIA Akibat Masalah Bagasi

PUTRAJAYA – Kira-kira 1,500 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sejak pagi tadi, selepas 50 penerbangan terpaksa ditunda berikutan masalah pengendalian bagasi oleh syarikat pengendali, AeroDarat Services.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali, berkata masalah itu berpunca akibat kekurangan pekerja syarikat pengendali berkenaan, disebabkan isu jadual dan pertukaran syif petugas.

“Banyak petugas tidak hadir bekerja disebabkan isu berkenaan, menyebabkan timbul masalah pengendalian bagasi ini.

“MAHB sedang membantu pihak pengendali dari semua segi bagi menyelesaikan masalah ini dan ia dijangka selesai sepenuhnya hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, MAHB turut menasihatkan penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing jika berdepan masalah penangguhan penerbangan.


Sebelum ini, beberapa foto viral di media sosial menunjukkan bagasi yang tidak terurus di KLIA yang didakwa berpunca daripada kekurangan pekerja pengurusan bagasi. – Berita Harian

Kategori