Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perlis Ikrar Perangi Rasuah...

KANGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man bersama para anggota exco kerajaan...

Terdesak Takut Kalah, PH...

KUALA LUMPUR - Ketakutan melihat sokongan dingin daripada orang ramai pada hari-hari terakhir...

Pelantikan Tan Kok Wai...

KUALA LUMPUR – Pelantikan Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai sebagai duta khas...

APMM Tawau Tahan Lima...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan lima orang pendatang asing...

1,690 Sangkar Kitar Semula Dipasang Di Kedah, Perlis

ALOR SETAR – Syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn. Bhd., yang berperanan menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam, menyasarkan untuk memasang 1,690 sangkar kitar semula bernilai kira-kira RM2.5 juta di
taman-taman perumahan di negeri ini dan Perlis tahun ini.

Pengurus Besar Operasi E-Idaman, Azmi Amin Sarji berkata sejak Januari lepas, hanya terdapat 60 sangkar yang setiap satunya bernilai RM1,500 telah siap dipasang di kedua-dua negeri tersebut.

Katanya, baki sangkar sebanyak 1,630 unit lagi akan dipasang secara berperingkat sehingga hujung tahun ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti kitar semula barangan buangan mereka terutama di
taman-taman perumahan.

“Kita sasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus kadar kitar semula berbanding pada masa kini hanya antara 12 hingga 15 peratus sahaja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Tong Kitar Semula di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar, Hakim Ariff Md Noor sambil disaksikan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah, Hazahar Hashim.


Tong kitar semula rekaan terbaharu daripada sukarelawan dari Jepun, Kazuya Kanemoto dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) itu adalah yang pertama dipasang di negeri ini.

Ia juga merupakan tong yang boleh dikunci bagi mengelak barangan yang dibuang orang ramai seperti plastik dan kertas dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, selain taman perumahan, pihaknya turut meletakkan sangkar kitar semula di sekolah-sekolah dan dewan orang ramai dan berharap orang ramai dapat meningkatkan tahap kesedaran tentang amalan kitar semula di kawasan mereka. – BERNAMA

Kategori