Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cegah Penyakit TB: Lindungi...

BATUK berpanjangan, batuk berdarah, sakit dada semasa bernafas, ini antara tanda jangkitan penyakit Tuberkulosis...

2 Suspek Kes Penipuan...

KUALA TERENGGANU - Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman dua...

Awas Melayu “Menang Sorak...

KUALA LUMPUR - Apa gunanya orang Melayu beragama Islam bergembira Pakatan Harapan menang...

Gwyneth Paltrow Puji Imej...

PELAKON gred A, Gwyneth Paltrow memuji penampilan girl next door atau gadis baik...

2 Lelaki Didakwa Edar Lebih 25kg Syabu

KANGAR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu di Padang Besar, pada 19 Feb lalu.

Ku Hoay Chew, 28, didakwa mengedar syabu seberat 27.9 kilogram (kg) dan Chan Kah Kin, 32, pula didakwa mengedar dadah berkenaan seberat 26.9 kg jam 5 petang di perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Besar.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ku dan Chan mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan kepada mereka di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif.

Mahkamah menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Syabu

Kategori