Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sirul Dibebaskan Mahkamah Australia

SYDNEY : Mahkamah Tinggi Australia membebaskan bekas polis yang disabitkan dengan kematian wanita...

Lelaki AS Lakukan Seks...

Tidak senonoh. Tindakan tidak bermoral seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Ben Bartanyi, 49,...

Peruntukkan RM250 Juta Baik...

ALOR SETAR - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM250 juta untuk membaik pulih rumah nelayan...

Guru Kemurungan Ditemui Mati

IPOH - Seorang guru wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui mati...

2 Lelaki Didakwa Perdagang 3 Lelaki Indonesia

SEREMBAN – Seorang warga emas antara dua lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan tiga lelaki warga Indonesia berusia 26 hingga 35 tahun bagi maksud eksploitasi kerja paksa sejak Februari tahun lepas.

Tertuduh, Kelvin Wong Jia Fung, 24, dan Koh Mee Soon, 60, yang masing-masing berhadapan dua dan satu pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah secara berasingan di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Wong didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas Hendra dan Epi Hendri yang masing-masing berusia 35 tahun di Ladang Kelapa Sawit Site C, Chuah di Port Dickson antara Februari 2016 hingga 6 Februari lalu.

Koh Soon pula didakwa dengan perbuatan sama ke atas Seno, 26, di lokasi dan tempoh yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh namun peguam M. Sivam dan Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan.

Hakim Fathiyah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap orang bagi kesemua pertuduhan masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mac depan untuk tarikh sebutan semula.

Kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan tersebut pada hari sama. – BERNAMA

Kategori